Monday, April 18, 2011

Program Pengantarabangsaan ke Singapura 2011


Pada 13 - 15 April 2011, seramai 13 orang guru dan 90 orang pelajar pelajar telah mengikuti program pengantarabangsaan ke Singapura. Ini merupakan kali kedua MOZAC menghantar para guru dan pelajar ke Singapura. Kali ini sekali lagi MOZAC telah membawa para pelajar ke Nanyang Girls High School dan Millenia Institute. Antara aktiviti - aktiviti yang diadakan ialah:
1. Pertandingan debat Bahasa Inggeris dengan NGHS ( World Debate)
2. Persembahan wind - orchestra
3. Persembahan kebudayaan - tarian & koir
4. Immersion program - Science, Mathematics, Home - science, Language Arts dan Music

Program Pengantarabangsaan ke Bangkok, Thailand

Program yang disertai oleh tuan pengetua bersama - sama 15 orang pelajar dan 5 orang guru telah melawat Prasammit Demonstration Secondary School, Bangkok, Thailand ini telah diadakan pada 2 - 5 April 2011. Pelajar -pelajar yang terpilih pada kali ini adalah terdiri daripada ketua - ketua unit kelab/persatuan, badan beruniform dan badan - badan khas sekolah. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada ketrampilan insaniah dan kegiatan ko kurikulum di peringkat antarabangsa. Dengan tema Program Perkongsian Pintar Kemenjadian Pelajar Dalam Kemahiran Insaniah dan Ko kurikulum, para guru dan pelajar telah dapat berbincang dan bertukar - tukar pendapat tentang kegiatan kokurikulum di sekolah masing - masing selain melebarkan lagi rangkaian antarabangsa MOZAC.