Sunday, November 21, 2010

9TH ASIA-EUROPE CLASSROOM NETWORK


Pada 12-16 November yang lepas Cik Rosnah Osman (PK1) telah mewakili Malaysia menghadiri Konferen (9Th Asia-Europe Classroom Network Conference) di Gurgaon ,New Delhi India. Beliau dipilih bersama-sama 2 peserta Malaysia yang lain. Seluruh Warga Mozac mengucapkan tahniah dan syabas kepada Cik Rosnah Osman atas pemilihan tersebut
Semuga kejayaan beliau menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga MOZAC.

Pelajar MOZAC di Sukan Asia Guangzhou, China

Alia Anin Azwa Bakri mewakili Malaysia ke Sukan Asia ke 16 yang berlangsung dari 12 - 27November 2010 di Guangzhou, China. Beliau akan mewakili negara dalam acara catur. Latihan pusat untuk para atlit negara telah diadakan pada 1- 4 November 2010 bertempat di Majlis Sukan Negara. Tahniah dan Syabas diucapkan dan semoga beliau beroleh kejayaan dan mengharumkan nama negara & MOZAC.

Program Pengantarabangsaan MOZAC ke Beijing, China


Pada 5 - 10 November, seramai 25 orang pelajar dan 9 orang guru MOZAC telah menyertai program Pengantarabangsaan ke Beijing, China. Antara objektif program ialah ubtuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memberi peluang kepada para pelajar untuk bertutur dengan penutur jati Bahasa Mandarin. Rombongan telah disertai oleh Pengarah BPSBPSK, Puan Ashah Samah dan 2 orang pegawai BPSBPSK. Di Beijing para pelajar telah membuat persembahan di Beijing Foreign Language School (BFLS) dan juga berkesempatan bertemu dengan para pelajar China yang mempelajari Bahasa Melayu di Foreign Language University (BFSU). BPSBPSK dan MOZAC telah merintis kerjasama dengan BFSU dalam pertemuan dengan Prof Wu Zang Yu & Prof. Dr.Awang Sarian. Selain daripada itu para peserta rombongan telah dapat melawat tempat - tempat bersejarah dan menarik di Beijing seperti The Summer's Palace, Great Wall of China, The Forbidden City, Tian An Men Square dan Birdnest Olympic Stadium. Selain membuat persembahan di peringkat antarabangsa, para pelajar juga akan menghasilkan beberapa jenis penulisan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun dan Bahasa Mandarin. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagi melahirkan pemimpin bertaraf dunia.

39th World Chess Olympiad 2010, Khanty-Mansiysk, Russia





Seorang pelajar MOZAC Alia Anin Azwa bt Bakri telah mewakili Malaysia ke 39th World Chess Olympiad 2010 di Khanty-Mansiysk,Russia mulai 20 Sept -3 Okt 2010.Beliau telah mendapat 7 mata dalam 11 pusingan. Manakala pasukan wanita Malaysia telah mendapat tempat ke 64 daripada 115 pasukan yang bertanding. Ini memperbaiki kedudukan mereka yang sebelum ini berada di tempat ke 74.

Lawatan DIDIKOM ke Thailand

DIDIKOM melawat Thailand pada 30 September - 3 Oktober. Rombongan telah singgah di salah sebuah Sekolah berprestasi Tinggi di utara tanah air iaitu SMSTSP. Mereka juga telah melawat sebuah sekolah di Thailand iaitu Hatyaiwittayalai School untuk membuat jalinan dan jaringan antarabangsa. Selain daripada melawat sekitar Hatyai, rombongan DIDIKOM juga telah singgah di rumah Konsul Malaysia di Songkla. Diharapkan pelajar - pelajar yang menyertai rombongan ini telah mendapat manafaat yang berguna dan mempelajari adat budaya sesebuah negara.

Study Tour Malaysian Technical Cooperative Programme

Pada 6 April 2010, MOZAC sekali lagi didatangi oleh 30 orang pegawai-pegawai dari Malaysian Technical Cooperative Programme (MTCP)dan 4 orang pensyarah dari IPBA. Program ini dianjurkan oleh International Languages Teacher Training Institute, Kuala Lumpur. Pegawai -pegawai ini adalah dari negara negara dunia ketiga yang membuat lawatan sambil belajar ke MOZAC. Warga MOZAC mengucapkan Selamat Datang ke MOZAC. Welcome to MOZAC!!!

Lawatan ke Nanyang Girs High School, Singapore

Seramai 60 orang pelajar (20 orang dari setiap kebitaraan) telah dipilih untuk mengikuti program pengantarabangsaan ke 2 buah sekolah di Singapura. Para pelajar telah disertai oleh 16 orang guru yang terdiri daripada para pentadbir serta guru guru kebitaraan sekolah (k-Teroka,e-Mozac dan e-Tinta). Pada hari pertama,peserta rombongan telah Melawat Nanyang Girl' High School di Linden Drive, Singapura. Para pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk mengikuti aktitivi Chinese Caligraphy dan IT Lesson manakala guru - guru telah didedahkan kepada sistem pembelajaran dan mengadakan sesi soal - jawab bersama - sama dengan guru - guru dari NGHS. Rombongan juga telah melawat sekolah dan asrama di HGHS. Para pelajar MOZAC juga telah mengadakan persembahan Choralsical - Malaysia & menunjukkan cara - cara memasang komponen komputer & papan LED kepada guru - guru & para pelajar NGHS. pada sebelah petang, ahli rombongan telah dibawa melawat sekitar Singapura.

ATCM 2009

Pada 17 - 21 Disember 2009 seorang guru MOZAC iaitu Pn Saripah Ahmad telah menghadiri ATCM 2009 di Normal Universiti Bejing China .Persidangan itu telah dihadiri oleh 400 orang peserta dari 26 negara.Dikesempatan itu beliau telah berkongsi pengalaman dengan perserta lain dengan membentang kertas yang bertajuk "Sketching the graph of Trigonometric Functions by using graphmatica.exe an alternative approach ". Tahun hadapan persidangan ATCM ini akan diadakan di Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Lawatan Nanyang Girls High School, Singapore


Buat kali kedua, MOZAC menerima kunjungan dari guru - guru dan pelajar - pelajar dari Nanyang Girls' High School, Singapore. Rombongan kali ini lebih besar daripada tahun lepas yang melibatkan pelajar -pelajar Secondary 2. Rombongan telah disambut dengan paluan kompang,bunga manggar dan juga silat. Acara di dewan melibatkan persembahan kebudayaan dari kedua dua sekolah. Para guru & pelajar telah menikmati kudapan di dewan makan sebelum menjalankan aktiviti - aktiviti mengenali adat dan budaya orang Melayu. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

1. Aktiviti Permainan Tradisional - Teng - teng, Capteh & Congkak
2. Aktiviti Kesenian - Gamelan,Angklung, Cak Lempong, Canting Batik
3. Demonstrasi Masakan - kuih bahulu & anyaman ketupat
4. Aktiviti Bahasa - Rempah ratus & Sahibba

En.Ng Song Beng dari NGHS telah mengadakan bengkel Integrated Mathematics bersama - sama guru - guru Mathematik MOZAC.

Saturday, November 20, 2010

Lawatan Crescent Girl School, Singapore

Seramai 5 orang guru ( Biologi, Fizik, Kimia ) bersama guru bidang Sains Crescent Girls School mengadakan
lawatan ringkas ke MOZAC untuk menerangkan objektif lawatan mereka dan membincangkan lawatan susulan yang akan dijadualkan pada awal March 2010 nanti. Lawatan susulan itu akan disertai oleh 40 orang pelajar dan beberapa orang guru dari bidang sains.
Tujuan utama ialah untuk mengenali budaya masyarakat Malaysia dan pelajar sekolah berasrama penuh serta menjalankan aktiviti khidmat bakti masyarakat di sebuah rumah kebajikan kanak-kanak terencat akal di Melaka. Perbincangan juga menjurus kepada bagaimana kedua-dua belah pihak dapat bekerjasama dan bertukar-tukar ide serta kemahiran dalam meningkatkan lagi kualiti P&P di kalangan guru sekolah masing-masing.
Perbincangan berlangsung di Bilik Pengetua yang juga dihadiri oleh GPK 1 En. Halim, Pn Ivy ( Guru Bahasa Inggeris), Puan Amesah (GKMP Bahasa) dan Cik Ho ( Guru Cemerlang Matematik )

UNESCO Heritage Discovery

Pada 23-24 Mei 2009 sekolah menjadi penempatan kepada peserta program Unesco Heritage Discovery -The Malacca Experience 2009 yang bermatlamat untuk mengeratkan hubungan antara warga pelajar dan memberi pendedahan tentang warisan dan budaya di Malaysia .Peserta terdiri sekolah SBP seperti SSP,MCKK,Moz@c, dan peserta luar negera dari SMA Negeri Purworejo dan SMA Negeri Bandung Indonesia, Wonhwa Girls High School Korea, Jungsan High school Korea dan Olongapo City national High School Filipina.Peserta terdiri daripada 17 guru dan 83 pelajar
Antara programnya adalah lawatan di persekitaran Melaka dan melakukan kajian dan penyelidikan lapangan.

Malaysia - Japan Secondary School Students Friendship Programme

Seramai 8 orang pelajar Mozac beserta guru Cik Boey akan melakukan lawatan ke negara Jepun pada 6 hingga 16 Dis 2007 .Bersama mereka adalah pelajar-pelajar dari SAS, SBPI Kuantan, SMK Methodist Sultan Ibrahim JB .Antara tujuan lawatan adalah untuk memberi peluang pelajar merasai pengalaman sebenar cara hidup dan budaya remaja jepun, dan memperluaskan pengetahuan dan pemahaman mereka tentang dunia luar. Ini juga diharapkan akan membuka jalan kepada hubungan lebih akrab dan kerjasama antara sekolah di Malaysia dan di Jepun .
Antara pengisian lawatan adalah Homestay, lawatan ,persembahan kebudayaan ,sehari disekolah Jepun, mengalami pengalaman sebenar salji , gunung dan tempat-tempat bersejarah di sana. Antara tempat yang akan dilawati adalah Fukuoka, Sadowara,Miyazaki, Ebino Highland, Nagasaki dan tempat-tempat lain.
Pelajar Mozac yang terlibat adalah Muhamad Rafeeq(T3) ,Danie Aswad (T3),Mohamad Azim(T3),Noor Fahirah(T3),Suhaylah dan pelajar-pelajar tingkatan 2 , Muhd Hanif, Nur Aiza Ira dan Ilyani.