Wednesday, June 26, 2013

Lawatan St. Mark's Senior Secondary Public School, India

Seramai 6 orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan dari St. Mark's Senior
Secondary Public School serta seorang guru pengiring berada di MOZAC dari 22 Jun - 27 Jun 2013






Asean Youth Camp 2013 , Bangkok Thailand

MOZAC menghantar 5 orang pelajar beserta seorang guru pengiring ke Asean Youth Camp 2013 yang berlangsung dari 23 - 30 Jun 2013 di Bangkok , Thailand . MOZAC terpilih untuk mewakili Malaysia bersama - sama SMK Seri Aman.





Saturday, June 15, 2013

Program Pengantarabangsaan SBT Karnival Sukan ke Dumai Indonesia

Seramai 31 orang pelajar beserta 4 orang guru mengikuti Program Pengantarabangsaan SBT Karnival Sukan ke Dumai Indonesia dari 15 Jun - 18 Jun 2013 . Selain MOZAC, para pelajar dari SBPI Selandar dan SMAP Labu turut serta ke Karnival Sukan tersebut yang akan diadakan di SMPN 2, SMAN 2 dan SMAN Binsus, Kota Dumai, Indonesia.




 Pasukan yang dihantar ke Program Pengantarabangsaan  - Karnival Sukan Persahabatan atara SMPN1, SMPN 2 dan SMP Binsus ke Dumai , Indonesia telah berjaya mengharumkan nama MOZAC apabila memenangi beberapa permainan iaitu:

 1. Johan Bola Keranjang Lelaki
2. Johan Bola Tampar Lelaki
3. Naib Johan Bola Keranjang Perempuan
4. Naib Johan Tampar Perempuan





Saturday, June 8, 2013

Japan Homestay Program

Muhammad Najmi b. Mohd Noor Azmi dari 2 Beta menyertai Hiroshima International Club,  Japan Homestay Program dari 28.5 hingga 6.6. 2013 bersama 70 orang pelajar Malaysia yang lain. Beliau tinggal bersama keluarga Teraish di Osaka.







Thursday, May 23, 2013

Lawatan Ketua Pengarah UNESCO ke MOZAC

23 Mei 2013 mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya menerima lawatan Ketua Pengarah UNESCO Madam Irina Bokova yang singgah ke MOZAC dalam rangka lawatan sehari ke Melaka melawat tapak Warisan Dunia di sini. Tepat jam 2 petang ketibaan beliau disambut oleh guru - guru, pegawai BPSBPSK dan Jabatan Pelajaran Melaka. Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Dr Hubert Gijzen, Pengarah UNESCO Jakarta Indonesia. Dalam lawatan beliau ke MOZAC, beliau telah melihat aktiviti para pelajar di MOZAC khasnya aktiviti Kelab UNESCO. Beliau melahirkan rasa kagum dengan pencapaian para pelajar dalam semua bidang dan mengharapkan agar lebih ramai para saintis dan profesional akan lahir khasnya dalam kalangan para pelajar perempuan.









Saturday, April 13, 2013

Program J& J ke Brunei Darus salam

Pada 24 - 27 Mac, program Jaringan dan Jalinan ke Brunei DS telah diadakan. Para guru dan pelajar telah membuat lawatan ke Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin (SOAS) dan Bahagian Teknologi Pendidikan , Brunei. Di SOAS para pelajar menjalankan activiti immersion sementara para guru bertukar - tukar pandangan dengan pengetua dan guru - guru  Maktab SOAS. Di BTP, rombongan diberi taklimat tentang program e - Hijrah yang sedang dijalankan di Brunei. Rombongan juga telah melaway tempat - tempat menarik sekitar Bandar Seri Begawan




Program Gift of Sight bersama CGS Singapore

Buat tahun kedua MOZAC bekerjasama dengan Crescent Girls School Singapura untuk suatu program kemasyarakatan iaitu Program Gift of Sight. Tahun ini klinik mata dibuka di MOZAC pada 12 & 13 Mac 2013. Para pelajar kedua buah sekolah bekerjasama dengan pakar optometri dari Singapura untuk membuat pemeriksaan mata dan seterusnya mengagihkan cermin mata percuma khasnya kepada warga emas. Pada hari Khamis 14 Mac 2013 pula akan diadakan program immersion antara kedua buah sekolah dimana mereka akan menjalankan beberapa aktiviti bersama. Tahniah diucapkan kepada para pelajar kedua buah sekolah yang menjayakan program ini.