Thursday, February 28, 2013

Lawatan Singapore Chinese Girls' School (SCGS),

Pada hari ini 28 Februari MOZAC mendapat jaringan baru dengan sebuah lagi sekolah di Singapura iaitu Singapore Chinese Girls' School (SCGS), yang mengadakan lawatan ke MOZAC. Panitia Bahasa Mandarin serta pelajar - pelajar Bahasa Mandarin telah diberi tanggungjawab untuk menerima kunjungan 60 orang pelajar dan 4 orang guru dari Singapura ini.



Monday, February 4, 2013

Program Jalinan MOZAC & Universiti Kyushu, Jepun

MOZAC telah di pilih untuk menyertai satu program jalinan selama 5 tahun dengan Universiti Kyushu, Jepun.. Melalui Reinventing Japan Project, MOZAC akan berkerjasama dengan Universiti Kyushu dan Universiti Malaya. Sehubungan dengan itu, Professor Dr. Mariko Igimi - Yasutake telah datang ke MOZAC pada 5 Februari 2013 untuk perbincangan lebih lanjut dengan pihak sekolah. Jalinan dengan Universiti Kyushu merupakan yang pertama seumpamanya bagi memenuhi annex SBT.


Monday, January 7, 2013

Lawatan Tokoyama Super Science High School, Japan



Pada 7 Januari 2013, seramai 33 orang pelajar dan 3 orang guru dari Tokuyama Super Science High School, Yamaguchi Perfecture, Jepun telah mengadakan lawatan ke MOZAC. Pada hari ini pelajar - pelajar tingkatan 2 dan 4 Bahasa Jepun MOZAC telah bersama - sama rakan - rakan mereka dari Jepun dalam kelas Kimia. Kemudian mereka telah bermain beberapa permainan traditional seperti sepak takraw, congkak, capteh, batu seremban sebelum bersama - sama melawat Zoo Melaka. Ini merupakan lawatan kedua Tokuyama Super Science High School ke MOZAC.

Lawatan SMP Negeri 2 Dumai, Indonesia

MOZAC juga menerima tetamu dari 2 buah negara pada minggu ini. Seramai 38 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang pejar lelaki dan 28 orang pelajar perempuan dari SMP Negeri 2, Dumai beserta 4 orang guru telah tiba di MOZAC pada 6 Januari 2013. Pelajar - pelajar itu akan menjalani program immersion bersama pelajar tingkatan 3 di kelas. Mereka juga akan menjalankan beberapa aktiviti seperti debat Bahasa Melayu dan Inggeris, demonstrasi masakan Indonesia, perlawanan persahabatan bolasepak dan bolajaring, dan pertunjukan kebudayaan antara 2 buah negara.






Wednesday, November 7, 2012

Lawatan Nanyang Girls' Highschool, Singapore

Lawatan tahunan Nanyang Girls' Highschool, Singapura ke MOZAC pada 6 November 2012 membawa 100 orang pelajar secondary 1 bersama 6 orang guru. Oleh kerana lawatan pada kali ini bersamaan dengan peperiksaan SPM 2012, aktiviti bersama pelajar tingkatan 3 telah berlangsung sekitar Kg Bukit Bayan, Bukit Katil dengan kerjasama Masjid raudhatul Jannah, JKK Kg Bukit Bayan dan Rumah Melaka. Berikut ialah aktiviti - aktiviti yang telah dijalankan bersama pelajar MOZAC yang bertindak sebagai jurupandu arah dan pemandu pelancung

Lawatan / Aktiviti  sekitar Kg Bayan, Bukit Katil, Melaka
a) Demonstrasi kuih traditional – kuih ros dan cendol di Masjid Raudhatul Jannah
b) Lawatan ke Masjid Raudhatul Jannah
c) Lawatan ke kebun buah – buahan Tn. Hj. Hashim
d) Lawatan ke masjid lama Bukit Katil/sekitar Kampung Bukit Bayan
e) Demonstrasi membuat dodol dan kuih sepit di rumah En. Yaakub
f) Lawatan ke Bumi Hijau
g) Lawatan ke rumah tradisional Melaka  milik Pn. Rahmah
h) Lawatan ke Rumah Melaka




  

Saturday, June 16, 2012

Lawatan Kementerian Pendidikan Brunei

ekolah telah menerima kunjungan 10 Pegawai dari Kementerian Pendidikan Brunei atas lawatan kerja pada 11 jun 2012 . Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman dari aspek pembestarian sekolah. Delegasi Brunei telah diberi taklimat pengalaman pembestarian sekolah dari mula MOZAC sebagai sekolah projek rintis hingga lah bagaimana MOZAC melestarikan pembudayaan ICT sehingga mendapat taraf Sekolah Bestari Lima Bintang Gambar-gambar sekitar lawatan

Tuesday, April 3, 2012

FRSIS 2012: St. Mark's Girls Sr. Sec. School, India






St. Mark's Girls Sr. Sec. School, India menghantar 12 orang pelajar dan seorang guru untuk FRSIS 2012. 2 orang pelajar telah membuat pembentangan bertajuk Cultural Diversity . Mereka juga menyertai aktiviti - aktiviti lain simposium seperti ice - breaking bersama - sama peserta dari 63 SBP, mendengar keynote address daripada Tun Dr. Mahathir Muhammad, ceramah daripada Dato Zuraidah Atan, menyertai workshop, sharing session dan juga melawat sekitar Banda Hilir - Melaka Heritage Tour. 8 orang pelajar lain selepas FRSIS 2012 dibawa untuk menyertai program immersion bersama MOZAC. Para pelajar dan guru St. Mark's Girls Sr. Sec. School, India membuat persembahan dalam perhimpunan rasmi. Mereka juga ditempatkan dalam kelas - kelas tingkatan 4 untuk mengikuti P & P bersama - sama pelajar MOZAC. Mereka juga dibawa melawat Melaka seperti ke Perkampungan Portugis, Banda Hilir dan lain - lain tempat. Keluarga pelajar berketurunan India MOZAC juga telah bermurah hati untuk menerima tetamu dari India ini.
1. Anjali Handa - guru
2. Roshni Khatri
3. Rashi Sharma
4. Nandini Kaushik - pembentang
5. Aakarsha Handa - pembentang
6. Simran Gill
7. Sakshi Juneja
8. Shreya Kurana
9. Divya Verma
10. Saloni Handa
11. Neha Bansal
12. Sadhvi Sharma
13. Mani Sweet
14. Pavitra Kaur