Thursday, March 3, 2011

Program Pengantarabangsaan Ke Vietnam

Program Perkongsian Pintar dalam Bidang Sains dan Teknologi ini telah berlangsung dari 26 Feb 2011 (Sabtu) hingga 1 Mac 2011(Selasa).Seramai 25 orang pelajar iaitu ( 11 perempuan dan 14 lalaki telah menyertai program ini di Le Hong Phong School for Gifted Students. Sementara itu seramai 9 orang guru dari Bidang Sains dan Matematik serta Bidang Teknik dan Vokesional telah mengiringi pelajar tersebut. Turut Sama ialah Ketua Sektor Pembanguan Kemanusiaan dan Kepemimpinan BPSBPSK iaitu Tn Hj Kholil Bin Mohamad. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meninjau pembelajaran pelajar pintar, menjalankan kajian R&D dalam bidang Sains dan Teknologi.Program telah berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang dan banyak memberi manfaat kepada dan guru.

Wednesday, March 2, 2011

Malaysia 8thCohort Delegation for JENESYS Programme 2011

Ketua Pengawas MOZAC, Amirul Asyraf b. Roslan telah terpilih utk mengikuti program tersebut dari 15 - 23 Februari 2011 di Aichi Japan. Program tahunan yang disertai oleh para pelajar Bahasa Jepun dari seluruh Malaysia, memberi peluang kepada mereka untuk mendalami Bahasa Jepun sambil mempelajari adat resam dan kebudayaan orang - orang Jepun. Diharapkan lebih ramai pelajar MOZAC akan terpilih untuk program ini di masa akan datang.

Sunday, November 21, 2010

9TH ASIA-EUROPE CLASSROOM NETWORK


Pada 12-16 November yang lepas Cik Rosnah Osman (PK1) telah mewakili Malaysia menghadiri Konferen (9Th Asia-Europe Classroom Network Conference) di Gurgaon ,New Delhi India. Beliau dipilih bersama-sama 2 peserta Malaysia yang lain. Seluruh Warga Mozac mengucapkan tahniah dan syabas kepada Cik Rosnah Osman atas pemilihan tersebut
Semuga kejayaan beliau menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga MOZAC.

Pelajar MOZAC di Sukan Asia Guangzhou, China

Alia Anin Azwa Bakri mewakili Malaysia ke Sukan Asia ke 16 yang berlangsung dari 12 - 27November 2010 di Guangzhou, China. Beliau akan mewakili negara dalam acara catur. Latihan pusat untuk para atlit negara telah diadakan pada 1- 4 November 2010 bertempat di Majlis Sukan Negara. Tahniah dan Syabas diucapkan dan semoga beliau beroleh kejayaan dan mengharumkan nama negara & MOZAC.

Program Pengantarabangsaan MOZAC ke Beijing, China


Pada 5 - 10 November, seramai 25 orang pelajar dan 9 orang guru MOZAC telah menyertai program Pengantarabangsaan ke Beijing, China. Antara objektif program ialah ubtuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memberi peluang kepada para pelajar untuk bertutur dengan penutur jati Bahasa Mandarin. Rombongan telah disertai oleh Pengarah BPSBPSK, Puan Ashah Samah dan 2 orang pegawai BPSBPSK. Di Beijing para pelajar telah membuat persembahan di Beijing Foreign Language School (BFLS) dan juga berkesempatan bertemu dengan para pelajar China yang mempelajari Bahasa Melayu di Foreign Language University (BFSU). BPSBPSK dan MOZAC telah merintis kerjasama dengan BFSU dalam pertemuan dengan Prof Wu Zang Yu & Prof. Dr.Awang Sarian. Selain daripada itu para peserta rombongan telah dapat melawat tempat - tempat bersejarah dan menarik di Beijing seperti The Summer's Palace, Great Wall of China, The Forbidden City, Tian An Men Square dan Birdnest Olympic Stadium. Selain membuat persembahan di peringkat antarabangsa, para pelajar juga akan menghasilkan beberapa jenis penulisan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun dan Bahasa Mandarin. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagi melahirkan pemimpin bertaraf dunia.

39th World Chess Olympiad 2010, Khanty-Mansiysk, Russia





Seorang pelajar MOZAC Alia Anin Azwa bt Bakri telah mewakili Malaysia ke 39th World Chess Olympiad 2010 di Khanty-Mansiysk,Russia mulai 20 Sept -3 Okt 2010.Beliau telah mendapat 7 mata dalam 11 pusingan. Manakala pasukan wanita Malaysia telah mendapat tempat ke 64 daripada 115 pasukan yang bertanding. Ini memperbaiki kedudukan mereka yang sebelum ini berada di tempat ke 74.

Lawatan DIDIKOM ke Thailand

DIDIKOM melawat Thailand pada 30 September - 3 Oktober. Rombongan telah singgah di salah sebuah Sekolah berprestasi Tinggi di utara tanah air iaitu SMSTSP. Mereka juga telah melawat sebuah sekolah di Thailand iaitu Hatyaiwittayalai School untuk membuat jalinan dan jaringan antarabangsa. Selain daripada melawat sekitar Hatyai, rombongan DIDIKOM juga telah singgah di rumah Konsul Malaysia di Songkla. Diharapkan pelajar - pelajar yang menyertai rombongan ini telah mendapat manafaat yang berguna dan mempelajari adat budaya sesebuah negara.