Sunday, November 21, 2010

9TH ASIA-EUROPE CLASSROOM NETWORK


Pada 12-16 November yang lepas Cik Rosnah Osman (PK1) telah mewakili Malaysia menghadiri Konferen (9Th Asia-Europe Classroom Network Conference) di Gurgaon ,New Delhi India. Beliau dipilih bersama-sama 2 peserta Malaysia yang lain. Seluruh Warga Mozac mengucapkan tahniah dan syabas kepada Cik Rosnah Osman atas pemilihan tersebut
Semuga kejayaan beliau menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga MOZAC.

Pelajar MOZAC di Sukan Asia Guangzhou, China

Alia Anin Azwa Bakri mewakili Malaysia ke Sukan Asia ke 16 yang berlangsung dari 12 - 27November 2010 di Guangzhou, China. Beliau akan mewakili negara dalam acara catur. Latihan pusat untuk para atlit negara telah diadakan pada 1- 4 November 2010 bertempat di Majlis Sukan Negara. Tahniah dan Syabas diucapkan dan semoga beliau beroleh kejayaan dan mengharumkan nama negara & MOZAC.

Program Pengantarabangsaan MOZAC ke Beijing, China


Pada 5 - 10 November, seramai 25 orang pelajar dan 9 orang guru MOZAC telah menyertai program Pengantarabangsaan ke Beijing, China. Antara objektif program ialah ubtuk memartabatkan Bahasa Melayu dan memberi peluang kepada para pelajar untuk bertutur dengan penutur jati Bahasa Mandarin. Rombongan telah disertai oleh Pengarah BPSBPSK, Puan Ashah Samah dan 2 orang pegawai BPSBPSK. Di Beijing para pelajar telah membuat persembahan di Beijing Foreign Language School (BFLS) dan juga berkesempatan bertemu dengan para pelajar China yang mempelajari Bahasa Melayu di Foreign Language University (BFSU). BPSBPSK dan MOZAC telah merintis kerjasama dengan BFSU dalam pertemuan dengan Prof Wu Zang Yu & Prof. Dr.Awang Sarian. Selain daripada itu para peserta rombongan telah dapat melawat tempat - tempat bersejarah dan menarik di Beijing seperti The Summer's Palace, Great Wall of China, The Forbidden City, Tian An Men Square dan Birdnest Olympic Stadium. Selain membuat persembahan di peringkat antarabangsa, para pelajar juga akan menghasilkan beberapa jenis penulisan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun dan Bahasa Mandarin. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagi melahirkan pemimpin bertaraf dunia.

39th World Chess Olympiad 2010, Khanty-Mansiysk, Russia





Seorang pelajar MOZAC Alia Anin Azwa bt Bakri telah mewakili Malaysia ke 39th World Chess Olympiad 2010 di Khanty-Mansiysk,Russia mulai 20 Sept -3 Okt 2010.Beliau telah mendapat 7 mata dalam 11 pusingan. Manakala pasukan wanita Malaysia telah mendapat tempat ke 64 daripada 115 pasukan yang bertanding. Ini memperbaiki kedudukan mereka yang sebelum ini berada di tempat ke 74.

Lawatan DIDIKOM ke Thailand

DIDIKOM melawat Thailand pada 30 September - 3 Oktober. Rombongan telah singgah di salah sebuah Sekolah berprestasi Tinggi di utara tanah air iaitu SMSTSP. Mereka juga telah melawat sebuah sekolah di Thailand iaitu Hatyaiwittayalai School untuk membuat jalinan dan jaringan antarabangsa. Selain daripada melawat sekitar Hatyai, rombongan DIDIKOM juga telah singgah di rumah Konsul Malaysia di Songkla. Diharapkan pelajar - pelajar yang menyertai rombongan ini telah mendapat manafaat yang berguna dan mempelajari adat budaya sesebuah negara.

Study Tour Malaysian Technical Cooperative Programme

Pada 6 April 2010, MOZAC sekali lagi didatangi oleh 30 orang pegawai-pegawai dari Malaysian Technical Cooperative Programme (MTCP)dan 4 orang pensyarah dari IPBA. Program ini dianjurkan oleh International Languages Teacher Training Institute, Kuala Lumpur. Pegawai -pegawai ini adalah dari negara negara dunia ketiga yang membuat lawatan sambil belajar ke MOZAC. Warga MOZAC mengucapkan Selamat Datang ke MOZAC. Welcome to MOZAC!!!

Lawatan ke Nanyang Girs High School, Singapore

Seramai 60 orang pelajar (20 orang dari setiap kebitaraan) telah dipilih untuk mengikuti program pengantarabangsaan ke 2 buah sekolah di Singapura. Para pelajar telah disertai oleh 16 orang guru yang terdiri daripada para pentadbir serta guru guru kebitaraan sekolah (k-Teroka,e-Mozac dan e-Tinta). Pada hari pertama,peserta rombongan telah Melawat Nanyang Girl' High School di Linden Drive, Singapura. Para pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk mengikuti aktitivi Chinese Caligraphy dan IT Lesson manakala guru - guru telah didedahkan kepada sistem pembelajaran dan mengadakan sesi soal - jawab bersama - sama dengan guru - guru dari NGHS. Rombongan juga telah melawat sekolah dan asrama di HGHS. Para pelajar MOZAC juga telah mengadakan persembahan Choralsical - Malaysia & menunjukkan cara - cara memasang komponen komputer & papan LED kepada guru - guru & para pelajar NGHS. pada sebelah petang, ahli rombongan telah dibawa melawat sekitar Singapura.