Friday, September 27, 2013
Lawatan dari University Jiu Zhou , Jepun
Pada 20 - 21 September, MOZAC dilawati oleh para pelajar University Jiu Zhou , Jepun. Mereka telah mengadakan program dan bengkel bersama - sama dengan para pelajar Bahasa Jepun tingkatan 4 MOZAC.
Kunjungan Sanggar Seni Barboovie, Bandung, Indonesia
Pada 19 September 2013, MOZAC dikunjungi oleh para pelajar dan guru Sanggar Seni Barboovie, Bandung, Indonesia untuk Lawatan Kebudayaan dimana para pelajar kedua buah sekolah telah mengadakan persembahan kebudayaan negara masing - masing
Wednesday, June 26, 2013
Lawatan St. Mark's Senior Secondary Public School, India
Seramai 6 orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan dari St. Mark's Senior
Secondary Public School serta seorang guru pengiring berada di MOZAC dari 22 Jun - 27 Jun 2013
Secondary Public School serta seorang guru pengiring berada di MOZAC dari 22 Jun - 27 Jun 2013
Asean Youth Camp 2013 , Bangkok Thailand
MOZAC menghantar 5 orang pelajar beserta seorang guru pengiring ke Asean Youth Camp 2013 yang berlangsung dari 23 - 30 Jun 2013 di Bangkok , Thailand . MOZAC terpilih untuk mewakili Malaysia bersama - sama SMK Seri Aman.
Saturday, June 15, 2013
Program Pengantarabangsaan SBT Karnival Sukan ke Dumai Indonesia
Seramai 31 orang pelajar beserta 4 orang guru mengikuti Program Pengantarabangsaan SBT Karnival Sukan ke Dumai Indonesia dari 15 Jun - 18 Jun 2013 . Selain MOZAC, para pelajar dari SBPI Selandar dan SMAP Labu turut serta ke Karnival Sukan tersebut yang akan diadakan di SMPN 2, SMAN 2 dan SMAN Binsus, Kota Dumai, Indonesia.
Saturday, June 8, 2013
Japan Homestay Program
Muhammad Najmi b. Mohd Noor Azmi dari 2 Beta menyertai Hiroshima International Club, Japan Homestay Program dari 28.5 hingga 6.6. 2013 bersama 70 orang pelajar Malaysia yang lain. Beliau tinggal bersama keluarga Teraish di Osaka.
Thursday, May 23, 2013
Lawatan Ketua Pengarah UNESCO ke MOZAC
23 Mei 2013 mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya menerima lawatan Ketua Pengarah UNESCO Madam Irina Bokova yang singgah ke MOZAC dalam rangka lawatan sehari ke Melaka melawat tapak Warisan Dunia di sini. Tepat jam 2 petang ketibaan beliau disambut oleh guru - guru, pegawai BPSBPSK dan Jabatan Pelajaran Melaka. Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Dr Hubert Gijzen, Pengarah UNESCO Jakarta Indonesia. Dalam lawatan beliau ke MOZAC, beliau telah melihat aktiviti para pelajar di MOZAC khasnya aktiviti Kelab UNESCO. Beliau melahirkan rasa kagum dengan pencapaian para pelajar dalam semua bidang dan mengharapkan agar lebih ramai para saintis dan profesional akan lahir khasnya dalam kalangan para pelajar perempuan.
Subscribe to:
Posts (Atom)











































