Muhammad Najmi b. Mohd Noor Azmi dari 2 Beta menyertai Hiroshima International Club, Japan Homestay Program dari 28.5 hingga 6.6. 2013 bersama 70 orang pelajar Malaysia yang lain. Beliau tinggal bersama keluarga Teraish di Osaka.
Saturday, June 8, 2013
Thursday, May 23, 2013
Lawatan Ketua Pengarah UNESCO ke MOZAC
23 Mei 2013 mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya menerima lawatan Ketua Pengarah UNESCO Madam Irina Bokova yang singgah ke MOZAC dalam rangka lawatan sehari ke Melaka melawat tapak Warisan Dunia di sini. Tepat jam 2 petang ketibaan beliau disambut oleh guru - guru, pegawai BPSBPSK dan Jabatan Pelajaran Melaka. Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Dr Hubert Gijzen, Pengarah UNESCO Jakarta Indonesia. Dalam lawatan beliau ke MOZAC, beliau telah melihat aktiviti para pelajar di MOZAC khasnya aktiviti Kelab UNESCO. Beliau melahirkan rasa kagum dengan pencapaian para pelajar dalam semua bidang dan mengharapkan agar lebih ramai para saintis dan profesional akan lahir khasnya dalam kalangan para pelajar perempuan.
Saturday, April 13, 2013
Program J& J ke Brunei Darus salam
Pada 24 - 27 Mac, program Jaringan dan Jalinan ke Brunei DS telah diadakan. Para guru dan pelajar telah membuat lawatan ke Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin (SOAS) dan Bahagian Teknologi Pendidikan , Brunei. Di SOAS para pelajar menjalankan activiti immersion sementara para guru bertukar - tukar pandangan dengan pengetua dan guru - guru Maktab SOAS. Di BTP, rombongan diberi taklimat tentang program e - Hijrah yang sedang dijalankan di Brunei. Rombongan juga telah melaway tempat - tempat menarik sekitar Bandar Seri Begawan
Program Gift of Sight bersama CGS Singapore
Buat tahun kedua MOZAC bekerjasama dengan Crescent Girls School Singapura untuk suatu program kemasyarakatan iaitu Program Gift of Sight. Tahun ini klinik mata dibuka di MOZAC pada 12 & 13 Mac 2013. Para pelajar kedua buah sekolah bekerjasama dengan pakar optometri dari Singapura untuk membuat pemeriksaan mata dan seterusnya mengagihkan cermin mata percuma khasnya kepada warga emas. Pada hari Khamis 14 Mac 2013 pula akan diadakan program immersion antara kedua buah sekolah dimana mereka akan menjalankan beberapa aktiviti bersama. Tahniah diucapkan kepada para pelajar kedua buah sekolah yang menjayakan program ini.
Thursday, February 28, 2013
Lawatan Singapore Chinese Girls' School (SCGS),
Pada hari ini 28 Februari MOZAC mendapat jaringan baru dengan sebuah lagi sekolah di Singapura iaitu Singapore Chinese Girls' School (SCGS), yang mengadakan lawatan ke MOZAC. Panitia Bahasa Mandarin serta pelajar - pelajar Bahasa Mandarin telah diberi tanggungjawab untuk menerima kunjungan 60 orang pelajar dan 4 orang guru dari Singapura ini.
Monday, February 4, 2013
Program Jalinan MOZAC & Universiti Kyushu, Jepun
MOZAC telah di pilih untuk menyertai satu program jalinan selama 5 tahun dengan Universiti Kyushu, Jepun.. Melalui Reinventing Japan Project, MOZAC akan berkerjasama dengan Universiti Kyushu dan Universiti Malaya. Sehubungan dengan itu, Professor Dr. Mariko Igimi - Yasutake telah datang ke MOZAC pada 5 Februari 2013 untuk perbincangan lebih lanjut dengan pihak sekolah. Jalinan dengan Universiti Kyushu merupakan yang pertama seumpamanya bagi memenuhi annex SBT.
Monday, January 7, 2013
Lawatan Tokoyama Super Science High School, Japan
Pada 7 Januari 2013, seramai 33 orang pelajar dan 3 orang guru dari Tokuyama Super Science High School, Yamaguchi Perfecture, Jepun telah mengadakan lawatan ke MOZAC. Pada hari ini pelajar - pelajar tingkatan 2 dan 4 Bahasa Jepun MOZAC telah bersama - sama rakan - rakan mereka dari Jepun dalam kelas Kimia. Kemudian mereka telah bermain beberapa permainan traditional seperti sepak takraw, congkak, capteh, batu seremban sebelum bersama - sama melawat Zoo Melaka. Ini merupakan lawatan kedua Tokuyama Super Science High School ke MOZAC.
Subscribe to:
Posts (Atom)


























