Saturday, April 13, 2013

Program J& J ke Brunei Darus salam

Pada 24 - 27 Mac, program Jaringan dan Jalinan ke Brunei DS telah diadakan. Para guru dan pelajar telah membuat lawatan ke Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin (SOAS) dan Bahagian Teknologi Pendidikan , Brunei. Di SOAS para pelajar menjalankan activiti immersion sementara para guru bertukar - tukar pandangan dengan pengetua dan guru - guru  Maktab SOAS. Di BTP, rombongan diberi taklimat tentang program e - Hijrah yang sedang dijalankan di Brunei. Rombongan juga telah melaway tempat - tempat menarik sekitar Bandar Seri Begawan




Program Gift of Sight bersama CGS Singapore

Buat tahun kedua MOZAC bekerjasama dengan Crescent Girls School Singapura untuk suatu program kemasyarakatan iaitu Program Gift of Sight. Tahun ini klinik mata dibuka di MOZAC pada 12 & 13 Mac 2013. Para pelajar kedua buah sekolah bekerjasama dengan pakar optometri dari Singapura untuk membuat pemeriksaan mata dan seterusnya mengagihkan cermin mata percuma khasnya kepada warga emas. Pada hari Khamis 14 Mac 2013 pula akan diadakan program immersion antara kedua buah sekolah dimana mereka akan menjalankan beberapa aktiviti bersama. Tahniah diucapkan kepada para pelajar kedua buah sekolah yang menjayakan program ini.









Thursday, February 28, 2013

Lawatan Singapore Chinese Girls' School (SCGS),

Pada hari ini 28 Februari MOZAC mendapat jaringan baru dengan sebuah lagi sekolah di Singapura iaitu Singapore Chinese Girls' School (SCGS), yang mengadakan lawatan ke MOZAC. Panitia Bahasa Mandarin serta pelajar - pelajar Bahasa Mandarin telah diberi tanggungjawab untuk menerima kunjungan 60 orang pelajar dan 4 orang guru dari Singapura ini.



Monday, February 4, 2013

Program Jalinan MOZAC & Universiti Kyushu, Jepun

MOZAC telah di pilih untuk menyertai satu program jalinan selama 5 tahun dengan Universiti Kyushu, Jepun.. Melalui Reinventing Japan Project, MOZAC akan berkerjasama dengan Universiti Kyushu dan Universiti Malaya. Sehubungan dengan itu, Professor Dr. Mariko Igimi - Yasutake telah datang ke MOZAC pada 5 Februari 2013 untuk perbincangan lebih lanjut dengan pihak sekolah. Jalinan dengan Universiti Kyushu merupakan yang pertama seumpamanya bagi memenuhi annex SBT.


Monday, January 7, 2013

Lawatan Tokoyama Super Science High School, Japan



Pada 7 Januari 2013, seramai 33 orang pelajar dan 3 orang guru dari Tokuyama Super Science High School, Yamaguchi Perfecture, Jepun telah mengadakan lawatan ke MOZAC. Pada hari ini pelajar - pelajar tingkatan 2 dan 4 Bahasa Jepun MOZAC telah bersama - sama rakan - rakan mereka dari Jepun dalam kelas Kimia. Kemudian mereka telah bermain beberapa permainan traditional seperti sepak takraw, congkak, capteh, batu seremban sebelum bersama - sama melawat Zoo Melaka. Ini merupakan lawatan kedua Tokuyama Super Science High School ke MOZAC.

Lawatan SMP Negeri 2 Dumai, Indonesia

MOZAC juga menerima tetamu dari 2 buah negara pada minggu ini. Seramai 38 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang pejar lelaki dan 28 orang pelajar perempuan dari SMP Negeri 2, Dumai beserta 4 orang guru telah tiba di MOZAC pada 6 Januari 2013. Pelajar - pelajar itu akan menjalani program immersion bersama pelajar tingkatan 3 di kelas. Mereka juga akan menjalankan beberapa aktiviti seperti debat Bahasa Melayu dan Inggeris, demonstrasi masakan Indonesia, perlawanan persahabatan bolasepak dan bolajaring, dan pertunjukan kebudayaan antara 2 buah negara.






Wednesday, November 7, 2012

Lawatan Nanyang Girls' Highschool, Singapore

Lawatan tahunan Nanyang Girls' Highschool, Singapura ke MOZAC pada 6 November 2012 membawa 100 orang pelajar secondary 1 bersama 6 orang guru. Oleh kerana lawatan pada kali ini bersamaan dengan peperiksaan SPM 2012, aktiviti bersama pelajar tingkatan 3 telah berlangsung sekitar Kg Bukit Bayan, Bukit Katil dengan kerjasama Masjid raudhatul Jannah, JKK Kg Bukit Bayan dan Rumah Melaka. Berikut ialah aktiviti - aktiviti yang telah dijalankan bersama pelajar MOZAC yang bertindak sebagai jurupandu arah dan pemandu pelancung

Lawatan / Aktiviti  sekitar Kg Bayan, Bukit Katil, Melaka
a) Demonstrasi kuih traditional – kuih ros dan cendol di Masjid Raudhatul Jannah
b) Lawatan ke Masjid Raudhatul Jannah
c) Lawatan ke kebun buah – buahan Tn. Hj. Hashim
d) Lawatan ke masjid lama Bukit Katil/sekitar Kampung Bukit Bayan
e) Demonstrasi membuat dodol dan kuih sepit di rumah En. Yaakub
f) Lawatan ke Bumi Hijau
g) Lawatan ke rumah tradisional Melaka  milik Pn. Rahmah
h) Lawatan ke Rumah Melaka