Monday, January 7, 2013
Lawatan Tokoyama Super Science High School, Japan
Pada 7 Januari 2013, seramai 33 orang pelajar dan 3 orang guru dari Tokuyama Super Science High School, Yamaguchi Perfecture, Jepun telah mengadakan lawatan ke MOZAC. Pada hari ini pelajar - pelajar tingkatan 2 dan 4 Bahasa Jepun MOZAC telah bersama - sama rakan - rakan mereka dari Jepun dalam kelas Kimia. Kemudian mereka telah bermain beberapa permainan traditional seperti sepak takraw, congkak, capteh, batu seremban sebelum bersama - sama melawat Zoo Melaka. Ini merupakan lawatan kedua Tokuyama Super Science High School ke MOZAC.
Lawatan SMP Negeri 2 Dumai, Indonesia
MOZAC juga menerima tetamu dari 2 buah negara pada minggu ini. Seramai 38 orang pelajar yang terdiri daripada 10 orang pejar lelaki dan 28 orang pelajar perempuan dari SMP Negeri 2, Dumai beserta 4 orang guru telah tiba di MOZAC pada 6 Januari 2013. Pelajar - pelajar itu akan menjalani program immersion bersama pelajar tingkatan 3 di kelas. Mereka juga akan menjalankan beberapa aktiviti seperti debat Bahasa Melayu dan Inggeris, demonstrasi masakan Indonesia, perlawanan persahabatan bolasepak dan bolajaring, dan pertunjukan kebudayaan antara 2 buah negara.
Wednesday, November 7, 2012
Lawatan Nanyang Girls' Highschool, Singapore
Lawatan tahunan Nanyang Girls' Highschool, Singapura ke MOZAC pada 6 November 2012 membawa 100 orang pelajar secondary 1 bersama 6 orang guru. Oleh kerana lawatan pada kali ini bersamaan dengan peperiksaan SPM 2012, aktiviti bersama pelajar tingkatan 3 telah berlangsung sekitar Kg Bukit Bayan, Bukit Katil dengan kerjasama Masjid raudhatul Jannah, JKK Kg Bukit Bayan dan Rumah Melaka. Berikut ialah aktiviti - aktiviti yang telah dijalankan bersama pelajar MOZAC yang bertindak sebagai jurupandu arah dan pemandu pelancung
Lawatan / Aktiviti sekitar Kg Bayan, Bukit Katil, Melaka
a) Demonstrasi kuih traditional – kuih ros dan cendol di Masjid Raudhatul Jannah
b) Lawatan ke Masjid Raudhatul Jannah
c) Lawatan ke kebun buah – buahan Tn. Hj. Hashim
d) Lawatan ke masjid lama Bukit Katil/sekitar Kampung Bukit Bayan
e) Demonstrasi membuat dodol dan kuih sepit di rumah En. Yaakub
f) Lawatan ke Bumi Hijau
g) Lawatan ke rumah tradisional Melaka milik Pn. Rahmah
h) Lawatan ke Rumah Melaka
Saturday, June 16, 2012
Lawatan Kementerian Pendidikan Brunei
ekolah telah menerima kunjungan 10 Pegawai dari Kementerian Pendidikan Brunei atas lawatan kerja pada 11 jun 2012 . Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman dari aspek pembestarian sekolah. Delegasi Brunei telah diberi taklimat pengalaman pembestarian sekolah dari mula MOZAC sebagai sekolah projek rintis hingga lah bagaimana MOZAC melestarikan pembudayaan ICT sehingga mendapat taraf Sekolah Bestari Lima Bintang
Gambar-gambar sekitar lawatan
Gambar-gambar sekitar lawatan
Tuesday, April 3, 2012
FRSIS 2012: St. Mark's Girls Sr. Sec. School, India
St. Mark's Girls Sr. Sec. School, India menghantar 12 orang pelajar dan seorang guru untuk FRSIS 2012. 2 orang pelajar telah membuat pembentangan bertajuk Cultural Diversity . Mereka juga menyertai aktiviti - aktiviti lain simposium seperti ice - breaking bersama - sama peserta dari 63 SBP, mendengar keynote address daripada Tun Dr. Mahathir Muhammad, ceramah daripada Dato Zuraidah Atan, menyertai workshop, sharing session dan juga melawat sekitar Banda Hilir - Melaka Heritage Tour. 8 orang pelajar lain selepas FRSIS 2012 dibawa untuk menyertai program immersion bersama MOZAC. Para pelajar dan guru St. Mark's Girls Sr. Sec. School, India membuat persembahan dalam perhimpunan rasmi. Mereka juga ditempatkan dalam kelas - kelas tingkatan 4 untuk mengikuti P & P bersama - sama pelajar MOZAC. Mereka juga dibawa melawat Melaka seperti ke Perkampungan Portugis, Banda Hilir dan lain - lain tempat. Keluarga pelajar berketurunan India MOZAC juga telah bermurah hati untuk menerima tetamu dari India ini.
1. Anjali Handa - guru
2. Roshni Khatri
3. Rashi Sharma
4. Nandini Kaushik - pembentang
5. Aakarsha Handa - pembentang
6. Simran Gill
7. Sakshi Juneja
8. Shreya Kurana
9. Divya Verma
10. Saloni Handa
11. Neha Bansal
12. Sadhvi Sharma
13. Mani Sweet
14. Pavitra Kaur

Monday, April 2, 2012
Fully Residential School International Symposium (FRSIS 2012 MOZAC)
FRSIS 2012 MOZAC menerima 102 delegasi antarabangsa (81 pelajar dan 21 guru) dari 19 buah sekolah (11 buah negara). Dengan Tema Global Culture Generates Global Unity, para pelajar dari dalam dan luar negara berkampung di MOZAC selama 5 hari dan menjalankan pelbagai aktiviti bersama. Antara sekolah - sekolah luar negara yang mengambil bahagian adalah:
1. SMA 1 Padang, Indonesia
2. SMAN 2 Bogor, Indonesia
3. SM Insan Cendekia Al Kausar, Indonesia
4. SMAN 5 Tanjung Pinang, Indonesia
5. SMKN 7 Bandung, Indonesia
6. SMK Negeri 9 Bandung, Indonesia
7. National Lyceum D. Philippa Of Lancaster, Portugal
8. Gymnázium K.V. Raise , Hlinsko, Czech Republic
9. Via Consolare Latina, 263 00034 Colleferro - Roma, Italy
10. Millennia Institute, Singapore
11. Nanyang Girls' High School
12. Cresent Girl’s School Singapore.
13. Het Amsterdams Lyceum, Netherlands
14. Australia Sciense And Mathematics School, Australia
15. Pasarnmit Demonstration School, Thailand
16. St. Mark's Girls Sr. Sec. School, India
17. Kiettisack International School, Laos
18. Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam, Brunei
19. Sekolah Menengah Berakas, Brunei
Kesemua para pelajar luar negara dan SBP membuat pembentangan, menghadiri keynote address, workshop,sharing session dan dibawa melawat Melaka - Melaka Heritage Tour dan semua aktiviti simposium tersebut. Seramai 100 orang pelajar MOZAC telah mengendalikan simposium ini bersama semua guru MOZAC. Simposium ini telah mendedahkan pelajar MOZAC khasnya kepada cara - cara mengendalikan program dan berurusan dengan para pelajar dari dalam negara serta luar negara yang berlainan budaya.

Saturday, March 10, 2012
Lawatan Crescent Girls School, Singapura 2012
Pada 6 Mac 2012, Crescent Girls School (CGS) telah mengadakan lawatan tahunan kali
ke tiga ke MOZAC. Lawatan kali ini disertai oleh 34 orang pelajar secondary 2, 4 orang guru dan seorang sukarelawan Gift of Sight. Pada pukul 9 pagi, rombongan CGS telah sampai ke MOZAC dan disambut oleh AJK Pengantarabangsaan MOZAC, pasukan kompang, silat dan gamelan sekolah. Ucapan alua aluan dari MOZAC telah disampaikan oleh Tuan Hj Johan Othman, GPK Ko Kurikulum MOZAC, diikuti oleh Miss Goh Peishi bagi pihak CGS selepas hadirin menyaksikan persembahan video tentang kerjasama antara MOZAC - CGS. Pasukan seni Persembahan MOZAC dan juga para pelajar CGS telah membuat persembahan di dewan. Para pelajar CGS telah diajar untuk mengikat bunga telur, bermain permainan - permainan tradisional, menari,bermain gamelan, menganyam bakul/tikar selain dibawa ke bilik R&D serta F1. Seterusnya para pelajar kedua buah sekolah telah mendengar penenrangan dari Mr. Allen Teo dari Gift of Sight untuk projek khidmat masyarakat pada tahun ini. Pada 7 Mac 2012, para pelajar MOZAC dan CGS telah ke rumah anak yatim Sri Ramakrisna Ashram, Tengkera untuk projek Gift of Sight. Mereka telah sama - sama menyediakan tempat sebagai klinik sementara, mengendalikan proses pendaftaran, menjalankan eye screening dan memberi penerangan kepada mereka yang hadir. Gift of Sight adalah sebuah badan NGO yang mengumpulkan cermin mata terpakai, menjalankan eye screening dan pemeriksaan mata serta memberi cermin mata percuma kepada yang memerlukan. Setelah menjalankan proses eye screening, pakar optometris akan memeriksa dan mengesahkan sebelum proses selanjutnya dijalankan. Diharapkan dengan menyertai projek komuniti seumpama ini, para pelajar akan menjadi insan yang lebih prihatin. Penglibatan dalam projek ini juga diharapkan dapat menyemai minat para pelajar untuk menjadi doktor/pakar mata pada masa hadapan.

Subscribe to:
Posts (Atom)