Friday, December 23, 2011

3rd International e-learning conference (ICeL)



Five MOZAC teachers attended the 3rd International e-learning conference in Bandung -Bogor from 20th - 26th November 2011. They are Mdm Rosnah, Mdm Amesah,Mdm Ivy, Mdm Hawa, Mdm Norhayati. They also visited SMA Al-Kautsar Boarding School, SMA Negeri 3 in Bogor andn SMA Negeri 4 in Bandung.

Lawatan Nanyang Girls' High School, Singapura 2011

















Pada hari Jumaat 11 November 2011, Nanyang Girls' High School , Singapura telah mengadakan lawatan balas tahunan mereka ke MOZAC dengan membawa para pelajar Secondary 2 mereka. Pelajar -pelajar tingkatan 3 MOZACX telah diberi mandat untuk melayani tetamu dan rakan mereka dari Singapura ini. Seperti tahun - tahun terdahulu, para pelajar dari kedua - dua buah sekolah telah membuat persembahan diikuti dengan aktiviti permainan congkak dan gasing. Mereka juga berpeluang mencanting batik dan bermain gamelan untuk mempelajari adat dan budaya Melayu. Kedua - dua buah sekolah juga telah bertukar - tukar cenderahati. Diharapkan para pelajar kedua buah sekolah beroleh manfaat dari program jaringan antarabangsa ini.




Maligayang Pagdating Philippines Science High School


Program pengantarabangsaan MOZAC diteruskan dengan lawatan benchmarking dari Philippines Science High School dari 13 - 16 Oktober 2011. Seramai 5 orang pelajar dan seorang guru berkunjung ke MOZAC. Para pelajar dari Philippines Science High School akan belajar bersama - sama di 5 buah kelas tingkatan 4 selama 2 hari selain melibatkan diri dalam semua aktiviti pelajar di MOZAC. Selain dari itu mereka juga akan mempelajari kebudayaan dan adat resam penduduk Malaysia dan mengadakan lawatan ke tempat - tempat bersejarah di Melaka. Lawatan sambil belajar ini juga melibatkan Jabatan Pelajaran Melaka, PPDMT selain drp 2 buah SBP yang lain iaitu SASER dan ASIS.
Mabuhay, !

Lawatan guru -guru VETA Bandung



Pada 1 - 3 Julai 2011, MOZAC menerima satu delegasi dari Bandung, Indonesia. Seramai 14 orang delegasi dari Vocational English Teachers, Association (VETA) telah melawat MOZAC serta bertukar - tukar matlumat tentang sekolah dan juga P&P berkesan khususnya untuk matapelajaran Bahasa Inggeris. Delegasi dari Bandung & MOZAC ini juga telah bersetuju untuk mengadakan usahasama khususnya dengan Panitia Bahasa Inggeris dimasa hadapan. Delegasi yang terdiri daripada wakil 12 buah sekolah dari provinsi berbeza di Bandung juga telah dibawa untuk lawatan ke sekitar tempat - tempat bersejarah di Melaka.

Sunday, June 26, 2011

Lawatan Ke Tanjung Pinang, Indonesia







Program ini ialah kerjasama Sek.Men.Sains Muzaffar Syah dengan PERZIM dan Dunia Melayu Dunia Islam Melaka. Lawatan oleh 10 orang guru - guru Bahasa Melayu dan Sejarah ini disertai oleh mantan Pengarah BPSBPSK, Puan Ashah Samah, Pengetua Sek. Men. Sains Sultan Iskandar, Kota Tinggi, Johor dan beberapa orang guru dari Sekolah Seri Puteri. Mereka telah melawat Kota Gurindam, Tanjung Pinang dan Pulau Penyengat untuk melihat kesan sejarah Melayu dan perkembangan Bahasa Melayu seperti Gurindam 12oleh Raja Ali Haji dirantau ini. Rombongan ini juga telah melawat SMA Negeri 5, Panjung Pinang. program berlangsung dari 10 -12 Jun 2011.

2ND SGGS INTERNATIONAL STUDENTS' CONFERENCE 2011




















From the 28th until the 31st of May 2011, MOZAC sent 5 representatives to the 2ND SGGS INTERNATIONAL STUDENTS' CONFERENCE 2011, held at SEAMEO-RECSAM, Penang. The delegates were Madam Ivy Foo,as teacher delegate, Jananieswary Servai d/o Kalisvaran, Mohamad Adib Mohamad Adam, Muhammad Nabil Salim and Adlina Ab.Rahim. The theme throughout the conference was 'Youth of Today, Leaders of Tomorrow' with talks by guest speakers such as Dato' Michael Yeoh, Dato' Idris Jala and even the 4th Prime Minister's daughter, Dato' Paduka Marina Mahathir.

Wednesday, May 18, 2011

Lawatan Penanda aras SMA Negeri 1 Padang, Indonesia

Sementara itu seramai 38 orang delegasi yang terdiri daripada seorang pegawai pendidikan, seorang pengetua, 6 orang guru serta 30 orang pelajar dari SMA Negeri 1 Padang, Indonesia akan berada di MOZAC untuk lawatan penanda aras dari 5 - 8 Mei 2011.Selamat Datang diucapkan kepada semua