Thursday, January 5, 2012

Lawatan Tokuyama Super Science High School, Japan





Seawal hari pertama persekolahan, MOZAC menerima lawatan pengantarabangsaan pertama untuk tahun 2012. Lawatan kali ini adalah dari Tokuyama Super Science High School, Yamaguchi Prefecture, Jepun. Ketibaan rombongan disambut paluan kompang. Seterusnya, para pelajar dan guru dari Jepun dibawa ke Pusat Sumber untuk persembahan multimedia dan dikir barat dalam bahasa Jepun. Para pelajar kedua sekolah telah mengadakan aktiviti pertukaran budaya. Mereka juga telah bersama - sama para pelajar MOZAC dalam kelas Fizik untuk membuat Cartesion Diver Experiment. Sebelum pulang, mereka telah dibawa untuk melawat sekitar sekolah.